Thursday, May 14, 2009
Khas Untuk Cikgu2 Aku
Thursday, April 30, 2009
Patutla!!!
Wednesday, April 29, 2009
Saturday, April 25, 2009
Fizik,Tarikat dan Topos
Salam kengkawan.Sorry lama tak update blog.Arini aku nak update skit.Aku nak cerita pasal seminar fizik yg aku attend last week di UKM.
Basically,seminar ni dianjurkan oleh ASASI UKM.Hangpa nak tau ape dia ASASI hagpa pi sini.
Dalam seminar ni diorg jemput 5 pembentang.Dan mereka-mereka itu adalah:
1)Prof Dr Hishamuddin
2)Prof Dr Wan Ahmad Tajuddin
3)Prof Dr Shahidan
4)Prof Madya Dr Zainal Abd Aziz
5)Dr Allinor
1st pemebentangan di buat oleh Prof Dr Hishamuddin.Dia dari UPM.Hangpa nak kenai dia hangpa boleh klik disini.Dia ni anatara ahli fizik teori yg hebat juga di malaysia.Dia punya research more on geometri dan mekanik kuantum.Aku rasa mcm dia cuba mengkaji kuantum mekanik based geometri.haritu dia bentang tajuk Teorem Kochen Specker:Implikasi,variasi dan Penyelesaian.Yang ni sumpah aku tak faham.Kena pulak pembentangn di awal2 pagi.Mengantuk bro...
Pembentangan kedua di buat oleh Prof Dr Wan Ahmad Tajuddin.Inilah pembentangan yg paling syok aku rasa.Sebab aku dah lama teringin nak pi jumpa Prof Wan ni.Prof Wan professor dari UM.Dia ni memang genius dan gempak.Tak percaya hangpa pi tanya member aku Sofiah Neutrino.Prof Wan anatara salah seorang yg aktif buat research dalam High Energy Physics.
Dia juga banyak pi buat research di particle accelerator seperti DESY dan KEK di jepun.Selain HEP, Prof Wan juga buat reseacrh dalam kompleks sistem.Sebab tu aritu dia bentangkan tentang fizik otak dan kaitannya dengan kehidupan kita.Dia juga ada menjelaskan tentang nama.Kenapa kerusi di panggil kerusi,kenapa meja dipanggil meja?Apa sebenarnya yg berlaku dlm otak kita sehingga nama2 tersebut diterbitkan.Wow bunyi macam pelik kan? Satu lagi yg best time seminar aritu ialah aku sempat jumpa dan bersembang2 dgn Prof Wan.Prof Wan siap tanya lagi bila aku nak datang gi register master kat UM.Kalau diizinkan Allah,maybe aku sambung belajar dgn Prof Wan.Prof Wan juga jemput aku bila2 nati datang ke lab dia di UM.
Pembentangan ke3 dibuat oleh Prof Dr Shahidan.Dia dari UKM.Dalam banyak pembentangProf Shahidan lah paling pelik.Dia bentangkan kertas kerja dia yg bertajuk Teori KAlam dan kaitanya dengan Kosmologi.Dia banyak memperbicarakan tentang ilmu tasawuf + filosofi dan keperkaitannya dalam fizik kosmologi.Member aku cakap Prof Sahidan ni org Tarikat.jadi mcm biasalah bila org tarikat bercakap banyak benda yg tidak boleh diterima oleh pemikran org2 awam yang lain.Contoh manusia boleh terbang,manusia boleh jalan atas air.Kalo hangpa tanya aku,aku mcm tak boleh terima kepercayaan2 ni.Time sesi soal jawap dgn dia,aku sempat tanya kat dia."Mcm mn manusia mcm kita boleh terbang,sedangkan Nabi pun tak pernah terbang".Then dia hentam aku"Lain kali baca buku biar habis,pergi check buku 1000 Mukjizat Nabi,dlam tu ade semua kisah2 mukjizat nabi termasuk boleh terbang".Aku cakap dia pelik sebab dlm pemebntagna dia tu,dia siap kasik kitaorg satu set wirid/zikir.Dia kata hangpa baca wirid ni hangpa boleh terbang.Wow!!!!.Tapi hangpa kena pi ambik ijazah tarikat dulu la.Insyaallah lepas ni aku pi cari ijazah ni.Senang skit aku nak balik Tanjung Dawai,terbang je.Sampai tanjung Dawai aku fana'.
Pembentagan ke 4 ialah Prof Madya Dr Zainal Abd Aziz.Dia dari UTM.Dia punya resarch more on mathematical physics.Aritu dia bentangkan kertas kerja dia bertajuk "Kamiran Feynman dan Sistem Terkamir Lengkap".Pembentangan ni agak menarik juga.Sebab konsep matematik yg diterangkan oleh Prof Zainal,banyak penggunaan dia dalam String Teori dan fizik2 teori yg lain seperti quantum Gravity.Dan tajuk yg dia bentangkan juga ade kena mengena dgn soliton.Aku agak familiar dgn soliton,sbb soliton mainkan peranan penting dalam optical engineering.Soliton ni mcm wave juga,tapi yg syoknya soliton ini tidak berubah bentuk sepanjang pergerakan di dlm fiber optik.Dlm kata lain soliton mcm tak terkesan dgn attenuation.Pasai apa dia jadi mcm tu?Yg ni hangpa kena pi kaji tentang nonlinear optik dan dispersion.Cuma aku rasa rugi sbb tak sempat nak jumpa dgn Prof Zainal ni.Aduh..ruginya.
PEmbentagan terakhir dibuat oleh Dr Alinor.Dia ni org math dari UKM.Tapi aku nampak mcm dia ni satu geng dgn Prof Shahidan.Banyak memperbicarakan peroslan falsafah dlm math.Dia bentang tajuk Teori Topos.Ini pun sama,apa pun aku tak paham.Yang aku ingat dia cakap asal kepada matematik iaitu logik adalah salah.Sepatutnya topos.HAHAHAHAHAHAHAH. Dan kalo tak salah aku Dr Alinor ni Presiden kepada Asasi.
Dah la kawan2 aku dah tak larat anak menaip.Jumpa lagi nanti.
p/s:Gambar dari atas Prof Hishamuddin, Dr Alinor, Prof Madya Zainal , Prof Shahidan dan Prof Wan
Saturday, April 11, 2009
Thursday, April 9, 2009
Saturday, March 14, 2009
Kuliah Bersiri fizik Zarah Part 2 :Standard Model/Model Piawaian
Standard model atau model piawai adalh salah satu model yg mengumpulkan beberapa kumpulan zarah fundamental/asas dan daya2 asas di dalam alam semesta.
Kuliah Bersiri Fizik Zarah:Part 1 Pengenalan
Monday, March 9, 2009
Hahahaha YB Teresa
PUCHONG, March 9 – She was locked up for a week on allegations of being anti-Islam but yesterday Kinrara state assemblywoman Teresa Kok donated a sum of RM10,000 to the Surau Darus Salam here for its new speaker system to broadcast the call to prayer or azan.
The donation was in conjunction with Maulidur Rasul, for which the Seputeh MP also gave RM2,500 each to a local Islamic daycare centre and primary school.
Kok, who is the senior executive councillor for Selangor, was accused of asking a mosque in the neighbouring constituency of Sri Serdang to reduce the volume of its azan call last year, leading to her arrest and week-long detention under the Internal Security Act (ISA).
“This donation is in contrast to those accusations,” Kok told The Malaysian Insider today.
“Frankly, I also wanted to donate cattle to the mosque concerned in those allegations,” she said, adding that those plans have not panned out.
This comes after the Sri Serdang mosque authorities had itself cleared her of any involvement in the issue, but then denied her request to pay a visit. It is said that this was due to pressure by Umno who have been harping on Kok's supposed anti-Islam stance.
Kok said the donation yesterday was due to the fact that the speaker at the surau has “not been functioning well for some months” and any balance from the RM10,000 will be used to subsidise the surau's repairs and renovations.
At yesterday's visit to the surau, Kok had stressed again that she was not involved in the petition to protest against the azan call.Instead, she said her ISA arrest had opened the eyes of the public to the abuse of the law.
Writing in her blog, Kok quoted Surau Darus Salam imam Haji Harun as thanking her contribution and advising her to be patient against accusations by those dissatisfied with her.
Her donation follows a donation of 46 heads of cattle by Selangor Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim last year for Hari Raya Haji. But the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has said there is evidence of power abuse in that beef charity.
Thursday, March 5, 2009
Terjemahan Akhbar Perancis Isu Altantuya
Shaaribu Setev adalah seorang lelaki yang kecewa dan marah. Namun disebalik wajah sedih lelaki Mongolia ini tersimpan semangat yang tinggi. Duduk di sebuah sofa di lobi sebuah hotel di Ulaan Battar sambil bergetar menahan angin beku yang bertiup, dia lelaki berumur 60 tahun itu bersiap sedia untuk melawan. Raut parasnya dibentuk dari segala penderitaan dan iklim yang melampau, dan renungannya yang dalam menceritakan semuanya.
“Anak perempuan saya dibunuh oleh orang Malaysia di bumi Malaysia. Namun mereka langsung tidak memohon maaf,” katanya yang juga seorang professor psikologi di Universiti Kebangsaan Mongolia.
Pembunuhan anak perempuannya, Altantuya Shaaribu, berlaku pada bulan Oktober 2006. Ini adalah jenayah bunuh yang berbeza dari yang lain berlaku di sebuah rantau di mana konflik-konflik perniagaan atau pertelingkahan politik yang remeh diselesaikan dengan muncung pistol. Segala yang berkaitan dengan kes ini, yang bermula pada tahun 2002 apabila syarikat Perancis-Sepanyol Armaris mencapai persetujuan untuk menjual tiga buah kapal selam kepada kerajaan Malaysia dengan harga satu bilion Euro, adalah luar dari kebiasaan. Kesan “kes Altantuya” ini di Perancis, Malaysia dan Mongolia belum lagi mencapai klimaknya. Pembunuhan gadis Mongolia berusia 28 tahun itu adalah akibat dari “komisen” berharga 114 juta daripada Armasi kepada rakan niaganya di Malaysia. “Komisyen” ini yang diakui oleh kerajaan Malaysia di dalam Parlimen di Kuala Lumpur, telah mencetus beberapa siri peristiwa yang membawa kepada pembunuhan Altantuya dan kehilangan beberapa orang saksi penting di dalam kes itu.
Sebuah laporan dari polis Malaysia, yang masih disimpan secara rahsia sehingga sekarang, mendedahkan secara terperinci bagaimana perempuan muda yang tergolong dalam golongan atasan Asia itu dibunuh. Di dalam dokumen tersebut, salah seorang pembunuhnya, seorang anggota polis dari Cawangan Khas bernama Sirul Omar, menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh seorang pegawai di sebuah stesen polis yang berdekatan dengan tempat pembunuhan.
“Apabila perempuan Cina itu melihat saya mengeluarkan sepucuk pistol, dia merayu supaya dilepaskannya kerana dia sedang mengandung. Azilah (pegawai pemerintah kepada Sirul) menarik perempuan itu dan [menghumbannya] ke atas tanah. Saya segera menembak pada bahagian kiri mukanya. Kemudian Azilah menanggalkan pakaian perempuan itu dan memasukkan pakaian yang ditanggal itu ke dalam sebuah plastik hitam. Azilah mendapati tangan perempuan itu masih bergerak. Dia memerintahkan saya untuk menembak sekali lagi, dan saya melakukannya”, ujar Sirul. Ini adalah merupakan pengesahan yang pertama identiti pembunuh Altantuya. ” Kemudian kami mengusung mayatnya ke dalam hutan, Azilah membalut bahan letupan di sekeliling kaki, abdomen dan kepala perempuan itu dan kemudian kami meletupkannya.”
Pendedahan laporan tersebut di dalam akhbar Perancis *Liberation* adalah bab terbaru dalam kisah yang penuh warna-warni dan dramatik ini yang melibatkan penjual senjata Perancis, pawang Mongolia dan politikus-politikus Malaysia. Kes ini sangat sensitif kepada kerajaan Malaysia, kerana Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang dijadualkan menjadi Perdana Menteri pada akhir bulan Mac nanti disyaki terlibat di dalam kes ini, tetapi ini juga kerana kes ini boleh memalukan DCNS, sebuah syarikat Perancis yang mengkhusus dalam pembinaan kapal laut tentera. Syarikat Perancis-Sepanyol Armaris, yang menjual Scorpene dan satu kapal selam Agosta kepada Malaysia pada bulan Jun 2002, dibeli oleh DCNS pada tahun 2007.
Dengan kecantikan dan keanggunannya yang memukau, Altantuya mengingatkan pada imej kacau seorang perempuan dari Timur Jauh bernama Mata Hari. Altantuya membesar di Saint Petersburg (Russia), kemudian belajar di Institut Pengurusan Ekonomi di Beijing. Di samping bertutur di dalam bahasa Inggeris, dia juga fasih di dalam bahasa Russia, Cina dan Korea. Sebagaimana yang telah ditakdirkan, semasa di Hong Kong dia bertemu dengan Abdul Razak Baginda pada tahun 2004. Baginda adalah seorang pakar keselamatan dan pengarah Malaysian Strategic Reseach Centre, sebuah badan pemikir yang pro-kerajaan. Tidak berapa lama kemudian hubungan mereka menjadi percintaan. Altantuya, atau dipanggil Tuya oleh teman-temannya, membuktikan bahawa dia adalah seorang pembantu yang berguna, menolong Baginda menterjemah bahasa Rusia ke bahasa Inggeris.
Jika Altantuya muda dan cantik, Baginda yang kaya dan menarik adalah seorang yang terkenal di kalangan elit Kuala Lumpur, terutama sekali kerana dia rapat dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan menteri Pertahanan, Najib Razak (baginda juga penasihat urusan keselamatannya). Baginda selalu bertemu dengan lingkungan-lingkungan yang sangat eksklusif di Kuala Lumpur, kadangkala ditemani oleh isterinya yang sah.
Pada bulan Mac 2005, Altantuya dan Baginda berangkat ke Eropah, mengelilingi Perancis, Jerman, Itali dan Portugal dengan Ferrari merah Baginda, menginap di hotel-hotel mewah dan menjamu selera di restoran-restoran terbaik di benua itu. Bagaimanapun, lawatan itu bukan sekadar lawatan biasa: kontrak untuk menjual dua kapal selam itu telah ditandatangani pada tahun 2002, tetapi beberapa hal-hal penting yang berkaitan masih belum diselesaikan.
“Kami mengetahui bahawa Baginda digunakan oleh Timbalan Perdana Menteri Najib Razak sebagai pengantara dalam urusan system persenjataan, terutama sekali di peringkat tertinggi,” kata seorang pakar urusan keselamatan serantau.
Pada hujung bulan Mac Altantuya dan Baginda berada di Paris, di mana mereka bertemu dengan Najib Razak. Sekeping gambar yang diambil pada akhir Mac 2005, menunjukkan bahawa ketiga mereka berada di sebuah kelab persendirian di Paris.
“Tuya menunjukkan gambar itu. Katanya salah seorang lelaki itu, Abdul Razak Baginda adalah teman lelakinya, dan seorang lagi, Najib Razak, adalah “big boss”. Saya bertanya kepadanya adakah mereka bersaudara kerana nama mereka, tetapi katanya tidak, dan Najib Razak adalah “perdana menteri”, cerita Amy, teman rapat Altantuya (Najib Razak telah bersumpah dengan Quran mengatakan bahawa dia tidak pernah bertemu dengan Altantuya). Menurut seorang detektif persendirian, sekarang bersembunyi di India, si Tuya yang cantik itu juga adalah perempuan simpanan Timbalan Perdana Menteri, yang dikenalkan oleh Baginda kepadanya pada akhir tahun 2004.
Cerita ini menjadi dramatik apabila pada Oktober 2006, Altantuya dimaklumkan bahawa komisyen yang dibayar oleh syarikat Perancis-Sepanyol Armaris telah masuk ke dalam akaun bank di Kuala Lumpur. Komisyen itu telah dibayar kepada Perimekar, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Baginda. Altantuya segera berangkat ke Kuala Lumpur dengan tujuan menuntut bahagiannya dari komisyen itu dari Baginda; dia berkata dia berhak untuk mendapat 500, 000 dolar. Baginda dan Altantuya putus hubungan tidak berapa lama sebelum itu lagi. Rosmah Mansor, seorang ahli perniagaan yang digeruni dan isteri Najib Razak, cemburu lalu menghalang sebarang pembayaran kepada Altantuya. Altantuya tiba di Kuala Lumpur dengan dua orang wanita Mongolia, salah seorang darinya adalah pawang yang akan menjampi Baginda jika dia tidak membayar. Selama beberapa hari, Altantuya mengganggu bekas kekasihnya. Pada 18 Oktober, Baginda tidak dapat lagi tahan dengan Altantuya yang setiap hari berada di hadapan rumahnya. Dia menghubungi Pengarah Cawangan Khas, Musa Safrie, yang juga merupakan pegawai keselamatan Najib Razak.
Pada 19 Oktober 2006, jam mendekati 9 malam, dua orang pegawai polis Cawangan Khas, Azilah Hadridan dan Sirul Omar, dihantar ke hadapan rumah Baginda di mana Altantuya menjerit dan berteriak. Mereka mendapat arahan “meneutralkan perempuan Cina itu.” Mereka menculiknya dan membawanya sejauh sepuluh kilometer dan menembaknya beberapa kali. Kemudian, mereka memusnahkan tubuhnya dengan bahan letupan C4, jenis yang hanya boleh diperolehi dari Kementerian Pertahanan. Kemasukannya ke Malaysia telah dipadam dari rekod imigresen. Ini seolah menunjukkan bahawa Altantuya tidak pernah ke Malaysia kerana tidak ada rekod yang menunjukkan sebegitu.
Tidak ada jenayah yang sempurna. Pemandu teksi yang disewa oleh Altantuya pada hari tersebut tidak dapat menerima kenyataan bagaimana penumpangnya yang masih belum membayar tambang diculik di depan matanya. Dia mencatit nombor pendaftaran kereta penculik itu dan membuat repot di sebuah balai polis. Dalam beberapa hari, polis mendapat tahu indentiti kereta itu dan mendapati ia adalah kereta kerajaan. Beberapa peristiwa berlaku sehingga Najib Razak sendiri tidak dapat menghalangnya. Dia cuba untuk menutup kes ini. Beberapa jam sebelum penahanan Baginda, dia menghantar satu SMS: “Saya Akan bertemu dengan Ketua Polis Negara pada jam 11 pagi hari ini…masalah tersebut akan selesai. Sabarlah”. Beberapa jam kemudian, Baginda ditahan, begitu juga dengan dua orang pegawai dari Cawangan Khas, Azilah dan Sirul.
Selepas perbicaraan yang dianggap meragukan oleh ramai pemerhati, Baginda dilepaskan dari tuduhan telah memerintahkan pembunuhan itu dilakukan dan dibebaskan pada bulan November 2008. Azilah dan Sirul yang dituduh melakukan jenayah tersebut, tampil di hadapan Mahkamah bulan lepas. Jika disabit kesalahan, mereka akan dihukum mati. Mahkamah akan memutuskan pada 9 haribulan April.
Beribu batu dari Kuala Lumpur, di ibu Negara Mongolia, Ulaan Baataar, Shaaribuu Setev, bapa Altantuya berusaha mengawal perasaan marahnya. Untuk dia dan keluarganya, pembebasan Baginda adalah simbol kepada ketidakadilan di dalam proses perundangan Malaysia.
“Kerajaan Malaysia langsung tidak membals surat-surat yang dihantar oleh Kementeria Luar Mongolia,” katanya. Ketika Shaaribu datang ke parlimen Malaysia untuk bertemu dengan Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri itu terpaksa keluar mengikut pintu belakang untuk mengelakkan pertembungan yang memalukan. Kes Altantuya telah menjadi elemen penting di dalam permainan politik Malaysia di antara Najib Razak (yang dijangka akan menjadi Perdana Menteri selepas Perhimpunan Agong UMNO pada bulan Mac ini) dan Anwar Ibrahim. Sehingga kini, Najib Razak Berjaya menghadapi rintangan ini, tetapi pembunuhan perempuan Mongolia itu akan menjadi pedang yang tergantung di atas kepalanya.
Salah satu aspek yang kabur di dalam kes Altantuya ini adalah peranan syarikat Armaris. Pada Oktober 2007, Timbalan Menteri Pertahanan, Zainal Abidin Zin, mengakui di hadapan Parlimen bahawa Armaris telah membayar sebanyak 114 juta Euro sebagai komisyen kepada Perimekar. Dia menegaskan bahawa bayaran itu bulan rasuah tetapi adalah untuk “perkhidmatan-perkhidmatan sokongan dan koordinasi.” Adakah terdapat korupsi di dalam kes kapal Taiwan di mana DCNS French dikaitkan juga? DCNS, adalah syarikat swasta dengan dana awam, telah menolak permintaan kami untuk mengadakan pertemuan. ‘Tiada siapa yang boleh memberi komen terhadap kes itu,” jawab pegawai perhubungan awam DCNS di Paris. Sebuah dokumen, yang boleh menghubungkan antara Altantuya dan syarikat Perancis itu adalah surat jaminan yang ditulis oleh Abdul Razak Baginda supaya perempuan simpanannya itu dapat memohon visa untuk memasuki zon Schengen (Perancis adalah Negara ahli). Kedutaan Perancis tidak boleh menolak permintaan seorang lelaki yang telah dianugerahkan dengan Legion d’Honneaur itu. Tetapi peranan Altantuya di dalam perundingan kapal selam itu masih lagi belum jelas. Agensi-agensi perisikan mendapati latar belakangnya menarik dan FSB Rusia (ex-KGB) memantau secara dekat kes ini.
Di Ulaan Baatar, Mungunshagai, anak lelaki sulung Altantuya, yang berumur 12 tahun, mengalami trauma dengan kematian emaknya. Altanshagai, anak bongsu, yang berumur 5 tahun dan terencat akal, tidak dapat memahami bahawa dia tidak akan bertemu ibunya lagi. “Dia selalu bertanya tentang ibunya dan dia sepanjang hari meniarap di atas kerusinya. Setiap malam, saya akan memberinya gula-gula dan mengatakan bahawa ibunya memberikan kepada saya untuk diberikan kepadanya”, ujar Shaaribuu Setev, datuk kepada dua dua orang budak lelaki itu. Tentang baginda pula, dia sekarang menetap di United Kingdom dengan keluarganya. Dia tidak sekalipun pernah melafaz sepatah kata penyesalan terhadap kematian seseorang yang pernah berkongsi hidup dengannya selama dua tahun.
Arnaud Dubus (di Kuala Lumpur, Ulaan Baataar dan Paris)
Wednesday, March 4, 2009
Hidup Pekida
Sunday, March 1, 2009
Video Karpal Gaduh
Friday, February 27, 2009
Hahahahaha Bro Hisyam Komen Blog Aku
Tuesday, January 13, 2009
First time
Top
10 Universities in Southeast Asia
Berikut adalah kedudukan senarai
universiti '10 Terbaik' di rantau Asia Tenggara berakhir July 2008.
1.
National Univ. of Singapore, Singapore
2. Prince of Songkla Univ,
Thailand
3. Chulalongkorn Univ, Thailand
4. Nanyang Tech. Univ,
Singapore
5. Kasetsart Univ, Thailand
6. Mahidol Univ, Thailand
7.
Asian Inst of Tech Thailand, Thailand
8. Gajah Mada Univ, Indonesia
9.
Inst Tech of Bandung, Indonesia
10. Thammasat Univ, Thailand
Kita ikuti
apa pendapat atau suara-suara dari 'jiran' kita:
1) "Tidak ada satupun
universitas dari Malaysia yang masuk daftar top 10
university in ASEAN
selama lima tahun terakhir".
2) "Universities Malaysia ranking 10 besar
terburuk di SEA setara dengan
univ of east timor. Hehehe..".
3) "Univ2
Malaysia mungkin masuk list dunia tetapi ternyata bukan kerna
kualiti, kerna
murah doang....hehhehe.."
4) "Thailand memang hebat, mereka tidak seperti
Malaysia yang tong kosong
nyaring bunyinya, target Indonesia ke depan adalah
bersaing dengan thailand.
Malaysia? bersaing dengan Vietnam saja dulu,
Vietnam sudah mampu buat motorcycle
sendiri. Malaysia Proton buatan
Mitsubishi dan Perodua buatan Daihatsu. Malaysia
mampu buat apa sih?".Ape komen korang?Nanti bila2 aku free aku try tulis artikel pasal isu
ini.Insyaallah.OK.Chow Koey Teow
Salam
Thursday, January 8, 2009
Gosip Artis
Wednesday, January 7, 2009
Tuesday, January 6, 2009
Tertunainya hajat aku
Friday, January 2, 2009
Cikgu dan Murid
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak
doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat
sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua
masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji
kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu
semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)