Saturday, March 14, 2009

Kuliah Bersiri Fizik Zarah:Part 1 Pengenalan

Salam kengkawan.
Hari ini aku bercadang untuk conduct satu kuliah bersiri tentang Fizik Zarah atau dalam BI Particle Physics.

Dalam kuliah bersiri ini aku akan cuba tulis apa yg aku faham tentang fizik zarah dalam bahasa yg paling mudah dan tanpa menyentuh langsung persamaan2 matematik yg digunakan dlm fizik zarah. ini kerana persamaan2 yg digunakan dalam fizik zarah boleh menyebabakan kita termuntah2 dan berikrar untuk tidak lagi mepelajari tentangnya.

Contoh Persamaan dalam fizik zarah

Fizik Zarah adalah merupakan salah satu cabang ilmu fizik yang memperbincangkan tentang zarah2 atau partikel2 yg wujud dalam alam semseta ini dan interaksi2 yang dialami oleh mereka.
Fizik Zarah juga merupakan salah satu jawapan/solusi kepada persoalan asas tentang alam semseta.Antara soalan2 yg selalu timbul dlm kotak pemikiran manusia ialah:
-bagaimana alam semesta kita terbentuk?
-kenapa alam semesta yg ada sekarang bentuknya begini?.
-apakah elemen2 atau partikel2 yg wujud sesaat selepas  letupan agung  Big Bang ?
-apekah zarah asas yg mencipta atom dan elemen2 yang lain?
-apakah peranan daya-daya asas dalam alam semesta?

Fizik zarah adalah merupakan salah satu cabang ilmu yg wujud sejak zaman dulukala seperti Tamadun Greek dan ianya berkembang dari masa ke semasa sejajar dengan perkembangan ilmu Sains dan teknologi yg lain.

Sebagai contoh,para saintis di abad ke 19 megatakan bahawa atom adalah zarah yg paling kecil dan fundamental/asas dalam sesuatu elemen.Mereka berpendapat atom itu tidak dapat dibedah lagi kerana ianya jirim fundamental/asas dan paling kecil.
Namun setelah bertahun2 penyelidikan dibuat,saintis berpendapat bahawa teori atom sebelum ini adalah salah.Atom bukan zarah yg fundamental,di mana didalamnya terdapat zarah2 yg lain yg bergabung untuk menhasilkan atom.
Zarah2 itu adalah elektron,proton dan neutron

Adakah elektron,proton dan neutron zarah asas/fundamental dan paling terkecil?Soalan ini kita akan bincang di dalam sesi yg lain.

Kesimpulannya fizik zarah adalah merupakan salah satu cabang ilmu yang penting dalam menerangkan tentang kejadian  alam semesta dan ianya berkembang dari satu masa ke satu masa.

Bersambung Part2(Model Piawaian/Standard Model).

7 comments:

Anonymous said...

bercadang mender ko dawood????

Nor Sofiah Ahmad said...

menarik.... teruskan!!

Anonymous said...

waitin 4 next edition ....

Anonymous said...

ilmiah gla blog ang ni cik dawood..

Anonymous said...

Cool!

That was fundamental and yet easy to understand.

Really, keep up the great job!

Anonymous said...

adoi dawood, aku masok blog ko nk bace pasal politik, bkn pasal fizik quantum of solace ni. baik ko tuko name blog ko fizik3suku daa.. sigh..

muhammad said...

assalamualaikum..
dengan nama allah
bagus...inilah yang dikatakan (tidak dapat diungkapkan lagi dengan kata2)...tapi ko mmg gempak syed daud...memperjuangkan fizik disamping masa yang sama ko memperjuankan bahasa melayu..aku suka artikel ko didalam bahasa melayu..jangan tukar kepada bahasa lain ok,,,ko telah membuat fizik moden aka fizik tenaga tinggi kelihatan seperti belajar matematik moden disekolah..he2