Friday, January 2, 2009

Kembali ke Jalan Benar

Salam kengkawan.Apa kabar semua?.harap2 korang semua sihat belaka.Actually aku pun tak tau kenapa tetiba jer aku nak tulis.Ramai gak member2 aku dok kritik kate aku tak istiqamah dalam perjuangan menulis blog.Jadi aku pun ingat nak tulis samting la hariini.Satgi Fakru mesti cakap "Hari ini hari dalam sejarah.Daud update blog".Hahahahah

Ape yang aku nak tulis hari ini sedikit pasalSains Dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.Apa pendapat korang dalam isu ni?Wajar atau tidak Sains Dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris.Bagi aku ,aku tak setuju langsung dengan sistem pembelajaran.Bagi aku,ini adalah salah satu dasar dan rancangan Tun Dr Mahathir yang salah.Keputusan untuk meluluskan dasar ini pun dibuat dalam keadaan tergesa-gesa.Tidak ada kajian atau research yg kukuh untuk menyokong perlaksanaan dasar ini.

Sebab apa aku tolak dasar ini?Anatarnya ianya merugikan rakyat terutama pelajar2 Melayu di sekolah rendah.Dulu waktu kecik2 ayah aku yang ajar math ngan sains.Kalau aku buat silap dia luku kepala aku.Sebab tu aku masuk Universiti, berkat luku ayah aku.La ni ,dia tak bleh nak ajar dah adik2 aku.dia cakap banyak term dia tak paham.Adik aku pula selalu dok mengadu tak faham soalan.Konsep matematik(tambah,tolak,darab,bahagi) diorg faham tapi soklan dan kehendak sokaln tak paham.Macam mana nak jawab soalan kalo mcm tu. 

Aku jumpa ramai cikgu2 di kampung bincang isu ni.Semua bagi jawapan yang sama.Susah nak ajar budak2 dalam BI.Ade seorang cikgu tu cakap dia selamber jer ajar dlm BM.Dia kata mengarut BI ni semua.rasioanal dia dalam UPSR soalan ada dalam 2 bahasa.So,takyah nak mengelabah ajar dalam BI.Satu lagi yg aku tak puas hati,kerajaan melaui kemeterian Pendidikan dok tipu rakyat kata ade peningkatan dalam Peangajaran Sains Dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.Tiap2 tahun rakyat dikhabarkan bahawa bilangan student yang lulus bertambah dan Pak menteri kata dasar ini perlu diteruskan lagi.Ini semua bohong.Aku sembang dengan seorang cikgu kat kampung aku,dia cakap ramai budak di sekolah setiap kali peperiksaan bulanan atau pertengahan tahun gagal.Ada seorg budak tu dia cakap kat aku tak pernah langsung lulus dlm exam math yg dibuat disekolah.Tapi bila result UPSR diumukan ,geng2 yang gagal tadi telah pertama kali merasakn nikmat kejayaan dimana depa semua dah lulus dalam UPSR.Kat sisni pun kita dah boleh nampak mcm mn gomen manipulate passing mark.Sebab tu aku kata kat malaysia passing mark nak lulus Math ngan Sains hanya 5% sahaja.Semua nyer di manipulate dan esok tunjuk kat muka depan akhbar."Pencapaian math dan Sains membanggakan"

Diorang bagi alasan kenapa perlu ajar Sains Dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sebab DBP tak mampu nak tafsir buku ke dalam Bahasa Melayu.Ini alsan banggang.kalo macam tu aku nak bagi cadangan tutp jer DBP sebab tak leh nak tafsir buku.Korang buat ape kat situ.

Satu lagi korang tgk budak2 MMU.Batch sebelum2 ni.Semua belajar dalam BM dulu di sekolah.Tapi bila datang kat MMU semua diajar dlm BI.Takde masalah pun.Semua boleh belajar dengan elok.Selama ini aku tak pernah dengar org ngadu kat aku susah nak belajar kat MMU sbb BI.Jadi sebab ape budak MMU boleh survive?Sebanya ialah suasana BI itu wujud.Dan kematangan usia juga membantu para pelajar untuk adapt situiasi yg baru ini.So,ape yg aku nk cakap kat sini gomen ken pikr mcm mn nak hidupkan suasana BI dari sekolah rendah lagi.Dan caranya bukan ajar math dan sains dalam Bi.Cara yg betul ialah mantapakan pengajaran BI.pastikan semua rakyat malaysia once dah abis sekolah menengah boleh bercakap BI dengan fasih selepas BM.

Jadi mahu tak mahu, pengajaran Sains Dan Matematik dalam Bahasa Inggeris perlu diamnsuhkan.Sebab itu aku menyokong cadangan untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran menghantar memorandun kepada YDP Agung supaya pengajaran Sains Dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dapat dimansuhkan.Barulah pak menteri kita kecut t***k.

OK.Kawan-kawan.Aku dah tulis.Aku dah kembali ke jalan benar(Istiqamah dlam menulis blog).
Sekian Terima Kasih

Kain buruk -kain merah,
tulisan buruk jangan marah.

Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca tulislah komen.

4 comments:

Anonymous said...

ha btol pantun!!!!!

khairul anwar said...

alamak..dawood dah active blk.abes la pasni readers guataktipu lari ke blog ni pulak..haha

Anonymous said...

idea bernas tuk tingkatkan english di kalangan bdk sklh...
ape kate ko g usulkan kat mp mane2 ker...hehe

Anonymous said...

Sebenarnya Encik Dawood yg dikasihi, x semuanya gifted dpt masuk MMU atau mane2 university, mrk yg x dpt masuk U camna nak belajar english kalo xde environment mcm ko ckp? mungkin bagus kalo perkasakan bahasa english di sekolah.