Saturday, March 14, 2009

Kuliah Bersiri fizik Zarah Part 2 :Standard Model/Model Piawaian



Standard model atau model piawai adalh salah satu model yg mengumpulkan beberapa kumpulan zarah fundamental/asas dan daya2 asas di dalam alam semesta.
Fudamental/asas di sini bermaksud paling kecil dan tidak dapat dibedah lagi zarah tersebut.
Sebagi contoh ,tgk perkataan ini."DONALDS"."DONALDS adlh satu perkataan yg dibina oleh huruf fundamental iatu,D,O,N,A,L,D,S.
Dan jika kita cuba untuk bedah/leraikan huruf fundamental itu samapai kiamat pun tak akan berjaya krn huruf tu fundamental.
Begitu juga dalam zarah.

Standard Model telah membahagikan zarah2 fundamental/asas kepada2 kumpulan utama:
1)Kumpulan Fermion
-Dalam fizik zarah ,fermion dikategorikan kepada zarah2 yg mempunyai spin 1/2.(kita abaikan perbincagan spin dsisni,buat2 faham sudah)
-Dalam kumpulan fermion ini zarah2 dikategorikan kepada 2 kumplan  lain iaitu lepton dan quarks.
-lepton terdiri daripada 6 zarah fundamental
-quarks juga terdiri drpd 6 jenis quarks

2)Kumpulan  Boson
-Boson disini dikategorikan kpd zarah2 yg mempunyai spin 1.(kita abaikan perbincagan spin dsini,buat2 faham sudah)
-Dalam kumpulan boson terdapat 3 zarah fundamental iaitu,photon,gluon dan boson tolok.
-zarah2 ini bertanggujawab dalam interaksi daya-daya asas iaitu photon membawa daya elektromagnetik,gluon membawa daya nuklear kuat dan boson tolok membawa daya lemah.
-Standard Model juga meramalkan satu lagi zarah fundamental/ asas yg bernama  Higgs boson.Zarah ini dikatakan bertanggungjawab memberi jism kepada zarah lain.Malangnya ianya belum ditemui.Kita akan bincang lagi isu Higgs Boson dan daya2 asas dalam edisi2 yg akan datang.

Bersambung Part 3 (Lepton dan quarks)

2 comments:

Prof. Era Pasca said...

to:PR people..
stakat baca quran PUTRI tau baca

linknye:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/penghormatan-yang-di-beri-penghinaan.html

Abu Fatih said...

Assalamualaikum. pahabaq daud? hang bila nak abih kt mmu? mcm mana la ni masih mcm dulu ka? ust masih kat gopeng. senang2 nanti mai singgah