Sambungan LHC (Standard Model vs String Theory)
Salam kengkawan.
Hari ni aku nk sambung pasal LHC.Sebenarnya LHC adalah pemecut zarah.Salah satu tujuan dia adalah untuk mencari zarah2 baru yg belum ditemui.Ianya dilakukan dengan memcutkan dua zarah pada arah yang bertentangan pada kelajuan menghampiri hadlaju cahaya.Apabila dua zarah tu bertembung dia akan menghasilkan tenaga yang besar dan tenaga itu akan berubah menghasilakan jirim baru.Currently antara experiment besar dalam LHC adalah untuk mencari High Boson(standard Model) dan graviton(string theory).
Sebelum aku explain High Boson dan graviton izinkan aku expalin apa mendenye Standard Model dan string theory.Sebenarnya salah satu drpd usaha ahli fizik dari dulu sampai sekarang adalah cuba untuk satukan kesemua daya2 yang ada dalam alam semesta ke dalam satu single theory.
Dalam alam semesta kita ada 4 daya penting iaitu electromagnetism,daya kuat,daya lemah dan gravity.Electromagnetik adalah daya yang explain pasal elctric dan magnetik.Manakala daya kuat adalah daya yg mengikat elektron ,proton dan neutron dalam sebiji zarah.Daya lemah adalah daya yg bertanggujawab dalam dlm pereputan radiaktif dan gravity adalah daya gravity yg mengawal putaran bumi.
Jadi apa yg dihasilkan oleh Standard Model adalh menyatukan kesemua daya2 yg disebutkan tadi kecualli daya gravity.Standard model juga explain pasal interaction antara daya2 tersebut dengan jrim2 yg diketahui seperti electron,quarks dan sebagainya.
Jadi anatara masalah yg dihadapi oleh ahli fizik standard model adalah tentang jisim.Mereka memperbincangkan bagaimana jirim2 yg diketahui mempunyai jisism.
Jadi ahli fizik membuat hipotesis bahawa ada satu particle yg bertanggungjawab menghasilakan jisim terhadap particle lain dan particle itu bernama High Boson.Dan selama berdekad2 saintis tidak dapat membuktikan kewujudan Higg Bososn ini dan berharap hastrat itu tercapai melalui experimen di LHC.
Disamping itu masalh paling besar yang dihadapi oleh ahli fizik Standard Model adalh ketidakmampuan mereka untuk menyatukan daya gravity besama dengan daya2 lain yg diketahui.
Jadi untuk nak mengkompletekan proses penyatuan daya2 ini muncul lagi satu mazhab baru dalam fizik jirim yg bernama string theory.String theory adalh satu teori baru lagi radikal yang telah mengubah persepsi kita tentang alam semesta.String theory beranggapan bahawa jirim asas yg membina alam semesta ini bukanlah jirim yg kita faham iaitu jirim bulat atau point particle.Mereka beranggapan bahawa asas pembinaan alam semesta ini adalah oleh tetali kecil(sbb itu nama dia string) yg bergerak dan pergerakan tetali inilah yang menghasilkan jirim2 dan daya2 lain yang kita lihat hari ini.Analogi dia macam ni.Seorang yg bermain guitar.Gitar itu mempunyai tali yg sama cuma pemetikan tali yg bebbeza yg menghsilakan bunyi yg bebeza.Jadi samalah juga dalam string theory. Satu tali yg sama tetapi pergerakan yg berbeza mengahsilkan jirim2 yg bebeza.Begitu juga dgn jisim ianya ditentukan oleh pergerakan tetali kecil ni.
Selain itu string theory juga hampir mampu menyatukan gravity ke dalam ketiga-tiga daya yg lain.Penyatuan ini hanya boleh berlaku apabila ahli fizik string telah membuat hipotesis kewujudan dimensi2 lain.Ahli fizik string membuat hipotesis bahawa kita sebenarnya hidup dalam 11 dimensi.3 dimensi yg kita lihat sekarang (x,y,z),satu dimensi masa dan 7 dimensi tambahan.7 extra dimensi ini sangat kecil dan tidak dapat dilihat dgn mata kasar. Ahli fizik string beranggapan bahawa gravity adalh satu satunya daya yg exist dalam 3 dimensi dan dimensi tamabahan dan daya ini dibawa oleh jrirm yg bernama graviton.
Jadi apa yg ahli fizik string nak buat di LHC adalh untuk menghasilakn graviton ini dan menyaksikan saat graviton ini belepas ke dimensi lain.Ianya dilakuan melalui perlanggaran 2 jirim kecil pada kelajuan cahaya.
Jadi kalau graviton di temui maka tepatlah sudah string theory dan persepsi kita tentang alam semesta akan berubah secara radikal.
Dah la kawan2 aku dah tak larat ni.Kalo korang nak tau lagi pasal string theory baca buku The Elegant Universe tulisan Brian Greene.Buku tu explain step2 by step dan buku itu telah dimovieiekan.Korang boleh tengok movie tu kat sisni.
http://www.pbs.org/wgbh/nova/elegant/program.html
p/s: String Theory takda kena mengena dengan G-String.
4 comments:
yeah! its much better,
english daud, english!
ape jadah nyer LHC tu..cari la topic yg menarik sikit..
thanx 4 the info.....very interesting blog......sy jumpe blog ni dlm blog prof wan (um)....
Post a Comment