Saturday, September 13, 2008

Calculus Politik DS Anwar Ibrahim~Ref Malaysiakini

Hari ini laman web portal berita Malaysiakini melaporkan bahawa DSAI mahu berjumpa DS Abdullah Ahmad Badawi.Tujuan pertemuan ini adalah untuk memperbincangkan isu panas yang timbul sekarang iaitu penangkapan bebrapa orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA).
Persoalan yang timbul sekarang ialah, jika pertemuan ini berjaya dilakukan adakah ianya hanya terbatas dalam memperbincangkan isu ISA ini ataupun sebaliknya?

Seperti mana yg kita tahu sekarang DSAAB sekarang sedang kelam kabut akibat diserang dan ditikam dari depan oleh Pakatan Rakyat yg dilihat agak serius dalam menjatuhkan kerajaan BN menjelang 16 September.DSAAB dilihat tidak mampu lagi untuk membendung kemaraan DSAI yg bagaikan naga selepas kemenangannya di Permatang Pauh.

TIba2 kekelam-kabutan DSAAB bertambah-tambah apabila dia tikam dari belakang oleh rakan separti beliau iaitu TS Muhydin Yassin dan DS Najib,dimana mereka berdua menyuarakan rasa ketidakpuashatian mereka terhadap program peralihan kuasa yg diatur pada 2010.Untuk rekod TS Muhydin Yassin baru2 ini membuat kenyataan dimana beliau memnita DSAAB untuk menjkaji semula pelan peralihan kuasa dgn harapan DSAAB meletakkan jawatan dengan segera dan mempassingkan baton PM kepada Najib secepat yang mungkin.

Kenyataan TS Muhydin Yassin juga disokong oleh Najib secara indirect dimana beliau berkata peralihan kuasa perlulah ditentukan oleh ahli2 UMNO pada pemilhan yg akan datang.Sebelum itu jangan kita lupa Tun Mahathir juga dalam proses untuk kembali ke UMNO yg diusahakan oleh TS Muhydin Yassin.
Berdasarkan 3 senario diatas boleh kita hipotesiskan disini bahawa usaha untuk memperjatuhkan DSAAB sedang giat dijalankan.Ianya melibatkan 3 player utama iaitu TDM,DS Najib dan TS Muhydin Yassin.Mereka tahu kalau DSAAB tidak undur sekarang BN dan UMNO akan hancur selamanya.

Disinilah DSAI memainkan peranannya.DSAI tahu DSAAB sedang keseoranagn dan tidak mampu untuk mengatasi pakatan TDM,TSMY dan DSN.Apa yang sedang dicaturkan oleh DSAI sekarang ialah untuk bagaimana beliau dapat menggunakan senario2 diatas untuk memasstikan hasrat Pakatan Rakyat untuk mengambil kerajaan berjalan lancar dan pada masa yang sama menyelamatkan karier politik DSAAB.Disni ada bebrap kemungkina yang boleh berlaku.

1)DSAI akan minta DSAAB menyerahkan tampuk pemerintahan kepada beliau dalam keadaan aman dan tenang dan sebagai ganti DSAI diminta supaya tidak mengganngu DSAAB dan mencalonkan DSAAB untuk pangkat Tun.

2)DSAI meminta DSAAB dan pengikut2nya keluar dari UMNO dan sertai Pakatan Rakyat.Sebagai ganti ganti DSAAB mungkin diberikan jawatan dalam kabinet DSAI.

3)DSAI minta DSAAB kekalkan jawatan beliau sebagai PM dalam jangka masa tertentu.Dalam jangka masa itu DSAI dan DSAAB akan cuba untuk menjatuhkan musuh2 politik mereka iaitu TDM,DSN dan TSMY dengan menggunakan isu2 seperti Kes Pita Linggam dan Pembunuhan Altantuya serta bebrapa laporan salah guna kuasa TSMY ketika menjadi menteri besar Johor.

4)DSAI meminta tuduhan liwat terhadap beliau digugurkan dan mengarahkan DSAAB untuk menubuhkan satu suruhanjaya bebas untuk mengkaji semula pertuduhan liwat terhadap DSAI pada tahun 1998 dan 2008.Dalam suruhanjaya itu ianya membuktikan bahawa DSAI tidak bersalah dan menjadi mangsa konspirasi politik.Secara tidak langsung move TDM dan DSN dapat di'chechkmate'kan.

5)Kemungkian yg paling tak logik.DSAI masuk balik UMNO.

Ini semua adalah kemungkinan.Mungkin berlaku mungkin tidak.Apapun kita berharap keamanan dan kesejahteraan negara lebih diutamakan kerana rakyat tidak mahu jadi mangsa permainan ahli poltik.

11 comments:

Anonymous said...

bosan la politik suma ni.
hg ltak la ulasan hg.
ak nk tngk gak knowledg politik hg takat mn.

Anonymous said...

dlm dunia skang better becakap dgn facts skali....kalo stakat teka2, dun talk abot politik....n lagi satu mende nie kna pikir btol2 logik dlu bru bley tulis, bkn pakai ganyang pakai tulih je. nant ade yg menimbulkan fitnah....

Anonymous said...

nonsense! talk based on facts~

Anonymous said...

Quote "Seperti mana yg kita tahu sekarang DSAAB sekarang sedang kelam kabut akibat diserang dan ditikam dari depan oleh Pakatan Rakyat yg dilihat agak serius dalam menjatuhkan kerajaan BN menjelang 16 September. DSAAB dilihat tidak mampu lagi untuk membendung kemaraan DSAI yg bagaikan naga selepas kemenangannya di Permatang Pauh."

Tidak, dia bukan tak tertahan dengan kemaraan DSAI, dia tak tahan dengan kebodohan dia sendiri. Pilihan raya ada lepas ada effect, tapi effect paling besar apabila dia dikritik oleh orang UMNO sendiri. Sebaliknya aku tengok DSAI yang tertekan nak buat ambil kerajaan sebab dah berjanji kerajaan baru pada 16 september. tapi, akhirnya, nothing.

Anonymous said...

Quote "1)DSAI akan minta DSAAB menyerahkan tampuk pemerintahan kepada beliau dalam keadaan aman dan tenang dan sebagai ganti DSAI diminta supaya tidak mengganngu DSAAB dan mencalonkan DSAAB untuk pangkat Tun."

Tak logic. First problem kita tengok kat sini,

"sebagai ganti DSAI diminta supaya tidak mengganngu DSAAB".

Persoalannya berapa PERATUS DSAAB akan percaya jika DSAI buat begitu kalau di compare-kan dengan DSN buat begitu? You see, diffrent between enemy-enemy, friend-friend relationship. Sungguhpun friend-friend tak sama pendapat, tapi considerationya masih tinggi. Tapi kalau enemy-enemy berbaik, sangat kurang berlaku. Kita tgk DSAI sudah, msa dlm UMNO protect UMNO, tapi lepas kena buang, isu PAS dan DAP yang dia tak setuju dulu pun dia dapat terima.

Anonymous said...

Quote "2)DSAI meminta DSAAB dan pengikut2nya keluar dari UMNO dan sertai Pakatan Rakyat.Sebagai ganti ganti DSAAB mungkin diberikan jawatan dalam kabinet DSAI."

Ini pun tak logic. Kita kena consider setiap perkara yang berlaku akan membawa kesan. Katakanlah DSAAB dan pengikut keluar UMNO dan join Pakatan Rakyat, kemudian dia jadi kabinet. Apakah DSAAB pasti dia secure jawatannya kalau buat macam tu. Kepercayaan rakyat dekat dia dan sekali gus dekat Pakatan Rakyat aku kurang kalau benda macam ni berlaku. Tak kan UNMO nak diam je. Dan aku rasa tak DSAAB takde la bodoh sangat kalau DSAi nak buat taktik cam ni.

Anonymous said...

Quote "3)DSAI minta DSAAB kekalkan jawatan beliau sebagai PM dalam jangka masa tertentu.Dalam jangka masa itu DSAI dan DSAAB akan cuba untuk menjatuhkan musuh2 politik mereka iaitu TDM,DSN dan TSMY dengan menggunakan isu2 seperti Kes Pita Linggam dan Pembunuhan Altantuya serta bebrapa laporan salah guna kuasa TSMY ketika menjadi menteri besar Johor."

Kita semua tahu sapa pak lah ni. Kita semua tahu characteristic dia. Possible untuk berlaku macam tu kalau DSAAB macam TDM. Tapi yang nyata dia takde pun keberanian cam TDM. Dan of course dia tentu ada ragu - ragu pada DSAI. Percara macam di atas takkan berlaku.

Anonymous said...

Quote "DSAI meminta tuduhan liwat terhadap beliau digugurkan dan mengarahkan DSAAB untuk menubuhkan satu suruhanjaya bebas untuk mengkaji semula pertuduhan liwat terhadap DSAI pada tahun 1998 dan 2008.Dalam suruhanjaya itu ianya membuktikan bahawa DSAI tidak bersalah dan menjadi mangsa konspirasi politik.Secara tidak langsung move TDM dan DSN dapat di'chechkmate'kan."

DSAAB tahu dia dikritik dlam dan luar UMNO. semua orang tak suka dengannya. Instead dia terus berpolitik, lebih baik dia duduk diam dan berehat. this is the truth, kita tengok lepas dia umum peralihan kuasa, berapa % je berita report psal dia. ni clearly tunjuk dia dah tak minat. Tambah, kata la dia buat macam tu, takde chance la menantu dia nak naik. haha!

Anonymous said...

Quote "DSAI meminta tuduhan liwat terhadap beliau digugurkan dan mengarahkan DSAAB untuk menubuhkan satu suruhanjaya bebas untuk mengkaji semula pertuduhan liwat terhadap DSAI pada tahun 1998 dan 2008.Dalam suruhanjaya itu ianya membuktikan bahawa DSAI tidak bersalah dan menjadi mangsa konspirasi politik.Secara tidak langsung move TDM dan DSN dapat di'chechkmate'kan."

DSAAB tahu dia dikritik dlam dan luar UMNO. semua orang tak suka dengannya. Instead dia terus berpolitik, lebih baik dia duduk diam dan berehat. this is the truth, kita tengok lepas dia umum peralihan kuasa, berapa % je berita report psal dia. ni clearly tunjuk dia dah tak minat. Tambah, kata la dia buat macam tu, takde chance la menantu dia nak naik. haha!

Anonymous said...

Quote "5)Kemungkian yg paling tak logik.DSAI masuk balik UMNO."

Bagi aku semuanya tak logic... sekian!

Anonymous said...

bro...respon pliz...