Saturday, April 25, 2009

Fizik,Tarikat dan Topos















Salam kengkawan.Sorry lama tak update blog.Arini aku nak update skit.Aku nak cerita pasal seminar fizik yg aku attend last week di UKM.

Basically,seminar ni dianjurkan oleh ASASI UKM.Hangpa nak tau ape dia ASASI hagpa pi sini.

Dalam seminar ni diorg jemput 5 pembentang.Dan mereka-mereka itu adalah:

1)Prof Dr Hishamuddin

2)Prof Dr Wan Ahmad Tajuddin

3)Prof Dr Shahidan

4)Prof Madya Dr Zainal Abd Aziz

5)Dr Allinor

 

1st pemebentangan di buat oleh Prof Dr Hishamuddin.Dia dari UPM.Hangpa nak kenai dia hangpa boleh klik disini.Dia ni anatara ahli fizik teori yg hebat juga di malaysia.Dia punya research more on geometri dan mekanik kuantum.Aku rasa mcm dia cuba mengkaji kuantum mekanik based geometri.haritu dia bentang tajuk Teorem Kochen Specker:Implikasi,variasi dan Penyelesaian.Yang ni sumpah aku tak faham.Kena pulak pembentangn di awal2 pagi.Mengantuk bro...

 

Pembentangan  kedua di buat oleh Prof Dr Wan Ahmad Tajuddin.Inilah pembentangan yg paling syok aku rasa.Sebab aku dah lama teringin nak pi jumpa Prof Wan ni.Prof Wan professor dari UM.Dia ni memang genius dan gempak.Tak percaya hangpa pi tanya member aku Sofiah Neutrino.Prof Wan  anatara salah seorang yg aktif buat research dalam High Energy Physics.

Dia juga banyak pi buat research di particle accelerator seperti DESY dan KEK di jepun.Selain HEP, Prof Wan juga buat reseacrh dalam kompleks sistem.Sebab tu aritu dia bentangkan tentang fizik otak dan kaitannya dengan kehidupan kita.Dia juga ada menjelaskan tentang nama.Kenapa kerusi di panggil kerusi,kenapa meja dipanggil meja?Apa sebenarnya yg berlaku dlm otak kita sehingga nama2 tersebut diterbitkan.Wow bunyi macam pelik kan? Satu lagi yg best time seminar aritu ialah aku sempat jumpa dan bersembang2 dgn Prof Wan.Prof Wan siap tanya lagi bila aku nak datang gi register master kat UM.Kalau diizinkan Allah,maybe aku sambung belajar dgn Prof Wan.Prof Wan juga jemput aku bila2 nati datang ke lab dia di UM.

 

Pembentangan ke3 dibuat oleh Prof Dr Shahidan.Dia dari UKM.Dalam banyak pembentangProf Shahidan lah paling pelik.Dia bentangkan kertas kerja dia yg bertajuk Teori KAlam dan kaitanya dengan Kosmologi.Dia banyak memperbicarakan tentang ilmu tasawuf + filosofi dan keperkaitannya dalam fizik kosmologi.Member aku cakap Prof Sahidan ni org Tarikat.jadi mcm biasalah bila org tarikat bercakap banyak benda yg tidak boleh diterima oleh pemikran org2 awam yang lain.Contoh manusia boleh terbang,manusia boleh jalan atas air.Kalo hangpa tanya aku,aku mcm tak boleh terima kepercayaan2 ni.Time sesi soal jawap dgn dia,aku sempat tanya kat dia."Mcm mn manusia mcm kita boleh terbang,sedangkan Nabi pun tak pernah terbang".Then dia hentam aku"Lain kali baca buku biar habis,pergi check buku 1000 Mukjizat Nabi,dlam tu ade semua kisah2 mukjizat nabi termasuk boleh terbang".Aku cakap dia pelik sebab dlm pemebntagna dia tu,dia siap kasik kitaorg satu set wirid/zikir.Dia kata hangpa baca wirid ni hangpa boleh terbang.Wow!!!!.Tapi hangpa kena pi ambik ijazah tarikat  dulu la.Insyaallah lepas ni aku pi cari ijazah ni.Senang skit aku nak balik Tanjung Dawai,terbang je.Sampai tanjung Dawai aku fana'.

 

Pembentagan ke 4 ialah Prof Madya Dr Zainal Abd Aziz.Dia dari UTM.Dia punya resarch more on mathematical physics.Aritu dia bentangkan kertas kerja dia bertajuk "Kamiran Feynman dan Sistem Terkamir Lengkap".Pembentangan ni agak menarik juga.Sebab konsep matematik yg diterangkan oleh Prof Zainal,banyak penggunaan dia dalam String Teori dan fizik2 teori yg lain seperti quantum Gravity.Dan tajuk yg dia bentangkan juga ade kena mengena dgn soliton.Aku agak familiar dgn soliton,sbb soliton mainkan peranan penting dalam optical engineering.Soliton ni mcm wave juga,tapi yg syoknya soliton ini tidak berubah bentuk sepanjang pergerakan di dlm fiber optik.Dlm kata lain soliton mcm tak terkesan dgn attenuation.Pasai apa dia jadi mcm tu?Yg ni hangpa kena pi kaji tentang nonlinear optik dan dispersion.Cuma aku rasa rugi sbb tak sempat nak jumpa dgn Prof Zainal ni.Aduh..ruginya.

 

PEmbentagan terakhir dibuat oleh Dr Alinor.Dia ni org math dari UKM.Tapi aku nampak mcm dia ni satu geng dgn Prof Shahidan.Banyak memperbicarakan peroslan falsafah dlm math.Dia bentang tajuk Teori Topos.Ini pun sama,apa pun aku tak paham.Yang aku ingat dia cakap asal kepada matematik iaitu logik adalah salah.Sepatutnya topos.HAHAHAHAHAHAHAH. Dan kalo tak salah aku Dr Alinor ni Presiden kepada Asasi.

Dah la kawan2 aku dah tak larat anak menaip.Jumpa lagi nanti.

p/s:Gambar dari atas Prof Hishamuddin, Dr Alinor, Prof Madya Zainal , Prof Shahidan dan Prof  Wan

2 comments:

bazlie said...

betul la ckp prof tuh ko kena balik baca lagi... biar katam betul semua ilmu... nih ckap ja lebat bila suruh buat benda praktikal skit hancur haram tak reti... hahahah jgn marah... :P

Azizul Salehudin said...

die ade demo tak cane nak terbang? patutnye ko suruh die demo, bukan tanye soalan tu. kan dh kene tembak balik.