Tuesday, January 13, 2009

First time

Salam kengkawan.Aku skrg kat rumah,Tanjung Dawai.Ini adalah kali pertama aku update blog dari rumah aku.Aku update di CC disini.Alhamdulillah dengan adenye CC kat sini,aku takde lah terputus maklumat isu2 semasa,especially time2 sekarang ade PRK di Kuala Tereangganu.Anyway aku nak kasi korang satu posting yang aku petik dari blog ini.


Top
10 Universities in Southeast Asia

Berikut adalah kedudukan senarai
universiti '10 Terbaik' di rantau Asia Tenggara berakhir July 2008.
1.
National Univ. of Singapore, Singapore
2. Prince of Songkla Univ,
Thailand
3. Chulalongkorn Univ, Thailand
4. Nanyang Tech. Univ,
Singapore
5. Kasetsart Univ, Thailand
6. Mahidol Univ, Thailand
7.
Asian Inst of Tech Thailand, Thailand
8. Gajah Mada Univ, Indonesia
9.
Inst Tech of Bandung, Indonesia
10. Thammasat Univ, Thailand
Kita ikuti
apa pendapat atau suara-suara dari 'jiran' kita:
1) "Tidak ada satupun
universitas dari Malaysia yang masuk daftar top 10
university in ASEAN
selama lima tahun terakhir".
2) "Universities Malaysia ranking 10 besar
terburuk di SEA setara dengan
univ of east timor. Hehehe..".
3) "Univ2
Malaysia mungkin masuk list dunia tetapi ternyata bukan kerna
kualiti, kerna
murah doang....hehhehe.."
4) "Thailand memang hebat, mereka tidak seperti
Malaysia yang tong kosong
nyaring bunyinya, target Indonesia ke depan adalah
bersaing dengan thailand.
Malaysia? bersaing dengan Vietnam saja dulu,
Vietnam sudah mampu buat motorcycle
sendiri. Malaysia Proton buatan
Mitsubishi dan Perodua buatan Daihatsu. Malaysia
mampu buat apa sih?".

Ape komen korang?Nanti bila2 aku free aku try tulis artikel pasal isu
ini.Insyaallah.

OK.Chow Koey Teow

Salam

Thursday, January 8, 2009

Gosip Artis

Kawan2.Aku terbaca pasai gosip artis  kat salah satu laman web  popular.Aku sebenarnya tak ambil pot pun pasal artis2 ni.Pi mampuih depa la,nak cerai ka,kahwin tak dpat anak ka,suami nak dapat kawin lagi ka.Tapi kali ini aku dengar gosip pasal Ustaz rock dan Ustazah Wassini.
Ade sapa2 boleh beri confirmation pasal hal ni?takut2 fitnah la pulak

Tuesday, January 6, 2009

Sedikit Ceramah Anti Israel di London





Tertunainya hajat aku

Alhamdulillah hari ini,aku berjaya menunaikan hajat aku yg dah lama berbuku di hati.hajat untuk memperbaharui lesen.Lesen aku dah 2 bulan mati.Skrg aku dah ade lesen baru untuk jangkamasa 2 tahun.Dengan adenya lesen baru ini aku pun bertekad untuk nak belajar balik bawa kereta.Secara jujur aku cakap aku dah lama tak bawa kereta.Tangan pun dah keras nak pegang stereng.Cara nak masuk gear pon dah lupa.Adoi!!!Mahu tak mahu aku kena belajar balik bawa kereta.Dan aku juga bercita2 untuk memiliki kereta sendiri dalam waktu terdekat..Aku plan nak beli kereta second hand jer.mana ade duit nak cekau beli kereta baru!!!hahahahaha.
So kepada pembaca-pembaca blog politik3suku ini yg ade info pasal kereta second hand boleh la kongsi info anda dalam ruangan komen.Kalo korang ade kereta yg lebih kat rumah tu ,atau nak jual kereta ,bolehla introduce kat aku.mana tau kalo aku berkenan, aku beli daari korang.Anyway,kepada kekawan pembaca dari MMU,aku ucapakan selamat berpeperiksaan semster akhir dan selamat bercuti.
OK Chow .

Friday, January 2, 2009

Cikgu dan Murid

Di petik dari blog Perisik Rakyat

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak
doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat
sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua
masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji
kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu
semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Kembali ke Jalan Benar

Salam kengkawan.Apa kabar semua?.harap2 korang semua sihat belaka.Actually aku pun tak tau kenapa tetiba jer aku nak tulis.Ramai gak member2 aku dok kritik kate aku tak istiqamah dalam perjuangan menulis blog.Jadi aku pun ingat nak tulis samting la hariini.Satgi Fakru mesti cakap "Hari ini hari dalam sejarah.Daud update blog".Hahahahah

Ape yang aku nak tulis hari ini sedikit pasalSains Dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.Apa pendapat korang dalam isu ni?Wajar atau tidak Sains Dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris.Bagi aku ,aku tak setuju langsung dengan sistem pembelajaran.Bagi aku,ini adalah salah satu dasar dan rancangan Tun Dr Mahathir yang salah.Keputusan untuk meluluskan dasar ini pun dibuat dalam keadaan tergesa-gesa.Tidak ada kajian atau research yg kukuh untuk menyokong perlaksanaan dasar ini.

Sebab apa aku tolak dasar ini?Anatarnya ianya merugikan rakyat terutama pelajar2 Melayu di sekolah rendah.Dulu waktu kecik2 ayah aku yang ajar math ngan sains.Kalau aku buat silap dia luku kepala aku.Sebab tu aku masuk Universiti, berkat luku ayah aku.La ni ,dia tak bleh nak ajar dah adik2 aku.dia cakap banyak term dia tak paham.Adik aku pula selalu dok mengadu tak faham soalan.Konsep matematik(tambah,tolak,darab,bahagi) diorg faham tapi soklan dan kehendak sokaln tak paham.Macam mana nak jawab soalan kalo mcm tu. 

Aku jumpa ramai cikgu2 di kampung bincang isu ni.Semua bagi jawapan yang sama.Susah nak ajar budak2 dalam BI.Ade seorang cikgu tu cakap dia selamber jer ajar dlm BM.Dia kata mengarut BI ni semua.rasioanal dia dalam UPSR soalan ada dalam 2 bahasa.So,takyah nak mengelabah ajar dalam BI.Satu lagi yg aku tak puas hati,kerajaan melaui kemeterian Pendidikan dok tipu rakyat kata ade peningkatan dalam Peangajaran Sains Dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.Tiap2 tahun rakyat dikhabarkan bahawa bilangan student yang lulus bertambah dan Pak menteri kata dasar ini perlu diteruskan lagi.Ini semua bohong.Aku sembang dengan seorang cikgu kat kampung aku,dia cakap ramai budak di sekolah setiap kali peperiksaan bulanan atau pertengahan tahun gagal.Ada seorg budak tu dia cakap kat aku tak pernah langsung lulus dlm exam math yg dibuat disekolah.Tapi bila result UPSR diumukan ,geng2 yang gagal tadi telah pertama kali merasakn nikmat kejayaan dimana depa semua dah lulus dalam UPSR.Kat sisni pun kita dah boleh nampak mcm mn gomen manipulate passing mark.Sebab tu aku kata kat malaysia passing mark nak lulus Math ngan Sains hanya 5% sahaja.Semua nyer di manipulate dan esok tunjuk kat muka depan akhbar."Pencapaian math dan Sains membanggakan"

Diorang bagi alasan kenapa perlu ajar Sains Dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sebab DBP tak mampu nak tafsir buku ke dalam Bahasa Melayu.Ini alsan banggang.kalo macam tu aku nak bagi cadangan tutp jer DBP sebab tak leh nak tafsir buku.Korang buat ape kat situ.

Satu lagi korang tgk budak2 MMU.Batch sebelum2 ni.Semua belajar dalam BM dulu di sekolah.Tapi bila datang kat MMU semua diajar dlm BI.Takde masalah pun.Semua boleh belajar dengan elok.Selama ini aku tak pernah dengar org ngadu kat aku susah nak belajar kat MMU sbb BI.Jadi sebab ape budak MMU boleh survive?Sebanya ialah suasana BI itu wujud.Dan kematangan usia juga membantu para pelajar untuk adapt situiasi yg baru ini.So,ape yg aku nk cakap kat sini gomen ken pikr mcm mn nak hidupkan suasana BI dari sekolah rendah lagi.Dan caranya bukan ajar math dan sains dalam Bi.Cara yg betul ialah mantapakan pengajaran BI.pastikan semua rakyat malaysia once dah abis sekolah menengah boleh bercakap BI dengan fasih selepas BM.

Jadi mahu tak mahu, pengajaran Sains Dan Matematik dalam Bahasa Inggeris perlu diamnsuhkan.Sebab itu aku menyokong cadangan untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran menghantar memorandun kepada YDP Agung supaya pengajaran Sains Dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dapat dimansuhkan.Barulah pak menteri kita kecut t***k.

OK.Kawan-kawan.Aku dah tulis.Aku dah kembali ke jalan benar(Istiqamah dlam menulis blog).
Sekian Terima Kasih

Kain buruk -kain merah,
tulisan buruk jangan marah.

Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca tulislah komen.