Sunday, November 23, 2008

Gegambar Di Langkawi

Cuti sem lepas aku pi Langkawi.Aku ada la tangkap gambar 2-3 keping

                                                                      Feri Langkawi
                                                  Menelaah buku dalam feri
                                             

                                             Burung ape tu ayah?Burung murai nak!!!
           
                                                  Check kastam dulu sebelum balik!!
                                            
                                                       

Friday, November 21, 2008

Biodata Prof Lim

Salam kengkawan.Hari ini aku update aku punya blog.Minta maaf la aku skarang ni sibuk skit ngan research pasal quantum mechanics.So dalam aku dok tengah cari bahan untuk research aku ni,aku terjumpa biodata salah seorang ahli fizik yang hebat di Malaysia.Beliau adalah Professor Lim Swee Cheng.Beliau juga salah seorang pensyarah yang ajar aku matematik di fakulti Kejuruteraan MMU.Biodata ni aku petik dari artikel syarahan beliau pasal "celaru" atau chaos.Artikel tu korang boleh klik kat sini.
Lim Swee Cheng dilahirkan pada 1947 di Tangkak, Johor.
Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Rendah Cina Chee
Meng di kampungnya. Kemudian, beliau meneruskan pelajaran
di Sekolah Menengah Ledang di Tangkak sehingga SPM dan
Sekolah Tinggi Muar sehingga lulus STP pada 1968. Pada tahun
yang sama, beliau memasuki Universiti Malaya di bawah tajaan
biasiswa Sultan Ismail, Johor sehingga berjaya dikurniakan ijazah
B.Sc (Hons) pada 1971 dan beliau telah dilantik menjadi tutor di
Jabatan Fizik, Universiti Kebangsaan Malaysia di Jalan Pantai
Baru, Kuala Lumpur. Pada 1972, beliau melanjutkan pengajian
pasca-siswah di University of London dan dikurniakan ijazah
PhD pada 1975.
Beliau telah dilantik sebagai pensyarah pada 1975, dinaikkan
ke pangkat Profesor Madya pada 1980 dan seterusnya ke jawatan
Profesor pada 1991 hingga sekarang.
Bidang penyelidikan beliau ialah penerapan kaedah stokastik
dalam fizik kuantum, khususnya teori medan kuantum. Kini, beliau
giat menjalankan penyelidikan dalam siri masa fraktal/fraktalberganda
dan penggunaan model stokastik dalam sistem fizis.
Beliau telah dipilih sebagai “Associate Fellow of International
Centre for Theoretical Physics” untuk 1981-1985 dan
Alexander van Humboldt Research Fellow pada 1987-1988.
Beliau juga pernah menjadi saintis pelawat/saintis jemputan ke
International Centre for Theoretical Physics (ICTP), European
Organization for Nuclear Research/European Laboratory for Particle
Physics (CERN), dan Forschungszeutrum Bielefeld-Bochum-
Stochastik (BiBoS). Sementara itu, beliau juga pernah
dianugerahkan geran penyelidikan daripada UNESCO, selain
dilantik menjadi pakar perunding untuk UNESCO.
58 / Kecelaruan yang Teratur
Selain itu, beliau telah juga memegang beberapa jawatan
yang berlainan dalam organisasi peringkat kebangsaan dan juga
antarabangsa, termasuk sebagai ahli majlis di Institut Fizik Malaysia
(IFM), Persatuan Sains Malaysia; editor Jurnal Fizik
Malaysia (IFM), ketua editor Buletin Fizik (IFM) dan Berita
Fizik IFM; ketua editor Asian Physics Education Network (ASPEN)
Newsletter; ketua editor Asia Pacific Physics News (sebuah
buletin yang ditaja ICTP, UNESCO dan Japanese Physical Society).
Buat masa kini, beliau adalah felo kepada Institut Fizik
Malaysia, ahli majlis Association of Asia Pacific Physical Societies
(AAPPS), setiausaha ASEAN Institute of Physics, penasihat
kepada Regional Center for Theoretical Physics (Phillipines),
ahli Advisory Committee of Indonesian Journal of Physics, ketua
editor AAPPS Bulletin, dan juga pakar pengulas Mathematical
Review (American Mathematical Society).
Beliau juga aktif dalam mengelola beberapa persidangan
peringkat kebangsaan dan antarabangsa, bermula dengan menjadi
setiausaha kepada National Physics Conference pada 1979 dan
yang terkini sebagai pengerusi jawatankuasa penganjur International
Conference on Frontiers in Quantum Physics pada 1997.
Selain menjadi penyunting untuk beberapa prosiding persidangan
fizik dan pengarang/pengarang bersama beberapa buah buku,
beliau telah juga menghasilkan beberapa makalah di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa.